Dokumen ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, iaitu versi rasmi yang mengikat. Versi Bahasa Malaysia adalah versi kawalan jika berlaku konflik tafsiran dengan terjemahan lain.
1. Apa yang kami kumpulkan
Rojak mengumpul data yang diperlukan untuk menjalankan Perkhidmatan, dan data penggunaan asas untuk memperbaiki laman ini.
1.0 Alat pihak ketiga di laman ini
Kami guna empat alat pihak ketiga pada halaman awam kami:
Google Analytics, statistik lawatan tanpa nama: halaman yang dilihat, jenis peranti, dan negara.
Microsoft Clarity, rakaman sesi tanpa nama (gerakan tetikus, skrol, tap) supaya kami nampak di mana pengguna tersangkut. Gambar dan video yang anda muat naik, dan hasil yang dijana, ditutup (masked) daripada rakaman ini dan tidak dihantar ke Microsoft.
TikTok Pixel, mengukur keberkesanan iklan kami.
Meta Pixel, mengukur keberkesanan iklan kami di Facebook dan Instagram.
Keempat-empat alat ini menyimpan cookie. Anda boleh menyekatnya dengan tetapan pelayar anda atau mana-mana penyekat iklan, dan Perkhidmatan tetap berfungsi seperti biasa.
1.1 Data akaun
Alamat e-mel, digunakan sebagai pengenal akaun anda dan untuk e-mel transaksi (pautan log masuk, resit pembelian).
Kata laluan, disimpan sebagai cincang scrypt yang bergaram. Kami tidak pernah melihat kata laluan teks biasa anda.
Alamat IP semasa pendaftaran, digunakan untuk anti-penyalahgunaan kredit percuma. Disimpan dalam teks biasa di sebelah rekod akaun anda.
Baki kredit dan bilangan penjanaan, digunakan untuk mengira Perkhidmatan.
1.2 Data penjanaan
Gambar karakter yang dimuat naik, dianggap sebagai data biometrik (lihat Terma seksyen 5). Dihantar ke fal.ai untuk diproses (lihat bahagian 3). Kami tidak menggunakan gambar anda untuk melatih AI. Untuk muat naik mulai 3 Oktober 2026, gambar sumber dipadam dari storan blob kami sebaik sahaja video anda siap; jika pemadaman itu tidak berjaya, atau penjanaan gagal atau tidak diselesaikan, ia dipadam secara automatik dalam masa 4 hari. Muat naik sebelum tarikh itu belum dipadam secara automatik: e-mel hello@rojak.app atau WhatsApp kami dan kami padamkan.
Rupa tersimpan (Simpan Rupa), hanya kalau anda tick kotak Simpan gambar ini untuk video seterusnya di langkah Muka dalam Studio, kami simpan satu salinan gambar itu, dan satu gambar kecil untuk senarai anda, dalam storan Vercel Blob kami (paling banyak 6 gambar bagi setiap akaun). Ia dianggap data biometrik seperti gambar karakter lain, dihantar ke fal.ai dan Google apabila anda menggunakannya untuk video, dan tidak digunakan untuk melatih AI. Kalau anda tidak tick, tiada apa-apa berubah: gambar anda dipadam seperti yang diterangkan di atas.
Video rujukan yang dimuat naik, dihantar ke fal.ai untuk diproses. Kami tidak menggunakannya untuk melatih AI. Peraturan pemadaman sama seperti gambar karakter di atas.
Video output yang dijana, disalin ke Vercel Blob (URL yang tidak boleh diteka tetapi boleh diakses secara awam) untuk dihantar kepada anda. Jika salinan itu tidak berjaya, video kekal di pautan fal.ai, yang tertakluk pada terma fal.ai (bahagian 3). Salinan kami disimpan sehingga anda memadam akaun anda atau meminta kami memadamnya. Studio belum mempunyai butang padam untuk satu video: e-mel hello@rojak.app atau WhatsApp kami dengan URL video itu. Video siap juga boleh disemak secara automatik untuk kualiti: beberapa bingkai daripada video itu dihantar kepada Google (Gemini) dan tidak digunakan untuk melatih model.
Metadata penjanaan, termasuk cap masa, ID permintaan fal.ai, dan kos kredit. Disimpan dalam Vercel KV sehingga anda memadam akaun.
1.2a Penjanaan lain (WhatsApp, Iklan UGC, Gaya, Hidupkan Gambar)
Bot WhatsApp, gambar dan video yang anda hantar dipadam secara automatik dalam masa 7 hari. Taip "padam" dalam chat untuk memadamnya serta-merta. Teks mesej anda dan jawapan bot disimpan dalam rekod perbualan sehingga 180 hari (bahagian 2).
Iklan UGC, selfie dan gambar produk yang anda muat naik melalui laman web mulai 3 Oktober 2026 dipadam secara automatik dalam masa 4 hari; yang dihantar melalui WhatsApp dipadam dalam masa 7 hari. Gambar dan video iklan yang dijana disimpan sehingga anda meminta kami memadamnya.
Gaya dan Hidupkan Gambar, gambar sumber yang anda hantar dipadam secara automatik dalam masa 7 hari. Hasil yang dijana disimpan sehingga anda meminta kami memadamnya dan tidak dipadam secara automatik. E-mel hello@rojak.app atau WhatsApp kami.
1.3 Data pembayaran
Pembelian (satu video, keahlian Ahli Rojak atau pek kredit lama) diproses oleh Stripe. Stripe menerima butiran kad anda secara langsung, disulitkan pada pelayan mereka. Kami hanya melihat ID pelanggan Stripe, apa yang dibeli, jumlah, dan e-mel yang disahkan berkaitan dengan pembayaran. Kami tidak menyimpan nombor kad.
1.4 Data notifikasi push
Jika anda mengaktifkan notifikasi push, pelayar anda memberi kami token langganan push (titik akhir kriptografi, bukan pengenalan peribadi). Kami menyimpan ini terhadap akaun anda supaya boleh memberitahu anda apabila penjanaan selesai. Anda boleh menyahaktifkan notifikasi push dari tetapan pelayar anda pada bila-bila masa, yang akan membatalkan token tersebut.
1.5 Data sokongan pelanggan
Kalau anda menaip pada chat sokongan "Adik Rojak" di laman ini, atau menghubungi kami melalui WhatsApp (+60 11-4572 6594):
Mesej anda dan jawapan bot, disimpan supaya team kami boleh membaca perbualan itu, membalas anda, dan memperbaiki jawapan yang salah. Mesej anda dihantar kepada Google (Gemini) untuk menjana jawapan.
Alamat e-mel akaun anda, direkodkan bersama perbualan kalau anda log masuk, supaya kami tahu perbualan itu milik siapa dan boleh membalas anda. Kalau anda tidak log masuk, perbualan itu disimpan tanpa nama.
Jangan taip nombor kad, kata laluan, atau nombor kad pengenalan dalam chat itu. Kami tidak perlukannya dan chat itu bukan tempat untuk maklumat tersebut.
1.6 Alat gambar passport (/gambar-passport)
Alat crop gambar passport berjalan sepenuhnya dalam pelayar anda. Gambar anda tidak dihantar ke mana-mana untuk crop, resize atau buat sheet 4R. Hanya langkah yang anda mulakan sendiri menghantar gambar anda keluar dari peranti anda:
Buang background (100 kredit), gambar sumber anda dihantar ke fal.ai untuk ditanggalkan latar belakangnya, kemudian hasilnya dihantar balik ke pelayar anda. Kami tidak menyimpan gambar itu.
Langkah AI pilihan (pembetulan pose, pengesanan muka, semakan spesifikasi), gambar anda dihantar ke pemproses AI (fal.ai atau Google Gemini) untuk diproses, dan hasilnya dihantar balik ke pelayar anda. Kami tidak menyimpan gambar itu dalam storan blob kami.
“Hantar ke emel saya”, gambar siap anda dihantar sebagai lampiran melalui Resend, pembekal emel kami. Kami tidak menyimpan gambar itu; kami menyimpan alamat emel anda, cap masa dan jenis gambar yang dihantar, serta alamat IP dan kaunter penghantaran sehingga 24 jam, supaya kami boleh hadkan penyalahgunaan dan tahu berapa ramai yang guna ciri ini.
Daftar akaun di halaman itu, alamat emel anda sahaja yang dihantar. Gambar anda tidak dihantar. Akaun yang terhasil ialah akaun Rojak biasa, tertakluk pada seluruh dasar ini, dan ia diperlukan untuk membuka 5 versi crop dan untuk membayar.
2. Berapa lama kami menyimpan data anda
Rekod akaun, sehingga anda memadam akaun.
Muat naik sumber (gambar karakter, video rujukan), dipadam sebaik sahaja video anda siap (dalam beberapa saat); jika pemadaman itu tidak berjaya, atau penjanaan gagal atau tidak diselesaikan, secara automatik dalam masa 4 hari. Ini terpakai untuk muat naik mulai 3 Oktober 2026. Muat naik lebih awal dipadam atas permintaan anda.
Rupa tersimpan (Simpan Rupa), kekal sehingga anda memadamnya sendiri (butang Padam pada rupa itu di langkah Muka dalam Studio) atau memadam akaun anda. Ini satu-satunya gambar muka yang kami simpan lebih lama daripada video anda; ia tidak termasuk dalam pemadaman 4 hari di atas. Kami tidak boleh memadam salinan yang dipegang oleh fal.ai (bahagian 3).
Video aksi viral dan video karakter yang disalin ke storan kami, disimpan sehingga anda memadam akaun anda atau meminta kami memadamnya.
Hasil Gaya, Hidupkan Gambar dan Iklan UGC, disimpan sehingga anda meminta kami memadamnya.
Gambar dan video yang dihantar kepada bot WhatsApp, dipadam secara automatik dalam masa 7 hari.
Rekod pembayaran Stripe, disimpan selama yang dikehendaki oleh undang-undang cukai Malaysia untuk penyimpanan rekod (kini 7 tahun).
Alamat emel dari alat gambar passport, disimpan sehingga anda minta kami padamkan. Gambar yang dihantar melalui emel tidak disimpan langsung.
Log operasi dalaman (peristiwa dan ralat yang mengandungi e-mel dan ID penjanaan), disimpan dalam penimbal terhad (100 peristiwa terkini bagi setiap pengguna, 1000 peristiwa dan 500 ralat terkini keseluruhan) yang ditimpa secara berterusan; ia tidak dipadam khusus apabila anda memadam akaun.
Log pelayan (IP, URL permintaan), disimpan di Vercel sehingga 30 hari, kemudian dipadam secara automatik.
Perbualan chat sokongan, disimpan sehingga 180 hari, kemudian dipadam secara automatik.
Teks mesej WhatsApp dan jawapan bot, termasuk nombor telefon dan e-mel yang anda sahkan, disimpan dalam log perbualan sehingga 180 hari, kemudian dipadam secara automatik. Rekod perbualan yang bot guna untuk menjawab anda tamat selepas 7 hari tidak aktif.
3. Pemproses pihak ketiga
Rojak bergantung kepada pemproses berikut. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju data dikongsi dengan mereka untuk tujuan yang dinyatakan.
Vercel (Amerika Syarikat), hosting, fungsi edge, storan blob, KV. Privacy.
fal.ai (Amerika Syarikat), penjanaan video AI. Gambar dan video yang dimuat naik dihantar ke sini untuk diproses: kami beri fal.ai pautan ke fail dalam storan kami dan ia mengambilnya. Mulai 2 Oktober 2026, setiap permintaan kami kepada fal.ai membawa arahan supaya fal.ai tidak menyimpan rekod permintaan (pautan dan teks arahan) yang secara lalai disimpan 30 hari; permintaan sebelum tarikh itu mungkin masih disimpan di sana sehingga 30 hari. fal.ai masih menyimpan video yang dijana dalam CDN mereka untuk satu tempoh yang mereka tentukan; kami tidak mengawal tempoh itu dan tidak boleh memadam salinan di sana. Terma fal.ai membenarkan mereka menggunakan data tanpa nama atau agregat yang diperoleh daripada penggunaan perkhidmatan, yang mungkin berdasarkan input pelanggan, untuk membangunkan produk dan model AI mereka. Kami sendiri tidak menggunakan gambar atau video anda untuk melatih AI dan tidak menjualnya. Privacy, Terma.
Stripe (Amerika Syarikat, dengan entiti Malaysia), pemprosesan pembayaran. Privacy.
Resend (Amerika Syarikat), e-mel transaksi (pautan log masuk, resit) dan penghantaran gambar passport yang anda minta dihantar ke emel anda. Privacy.
Cloudflare (Amerika Syarikat), DNS dan perlindungan edge untuk rojak.app. Privacy.
Google (Amerika Syarikat), Google Analytics: statistik lawatan tanpa nama pada halaman awam. Privacy.
Google (Amerika Syarikat), Gemini: menjana jawapan chat sokongan (mesej yang anda taip dalam chat dihantar ke sini) dan menyemak gambar dan video yang anda muat naik (bilangan muka, kandungan tidak sesuai, padanan muka, semakan gambar passport). Privacy.
Anthropic (Amerika Syarikat), Claude: bot WhatsApp kami menggunakannya untuk menjawab mesej anda dan memberi pendapat tentang gambar. Yang dihantar kepada Claude: mesej yang anda taip dalam chat WhatsApp (bersama nama profil WhatsApp, nombor telefon anda dan e-mel yang anda sahkan, jika ada) dan ringkasan perbualan lama; gambar yang anda hantar sebagai gambar dalam chat itu (salinan kecil, termasuk selfie untuk gambar passport; sehingga 10 sehari bagi satu nombor) supaya Claude menulis satu baris pendek tentang pakaian, aksesori, latar dan cahaya, dan kami mengarahkannya supaya tidak menyebut muka, ekspresi, umur atau identiti; serta, bagi hasil Gaya yang dijana, gambar hasil itu (imej penuh) untuk satu baris komen. Baris tentang gambar anda disimpan dalam rekod perbualan yang bot guna untuk menjawab anda, yang tamat selepas 7 hari tidak aktif. Anthropic menyimpan data mengikut dasar privasinya sendiri (pautan di sini). Mengikut Syarat Komersial Anthropic (berkuat kuasa 17 Jun 2025, bahagian B), Anthropic tidak boleh melatih modelnya menggunakan kandungan pelanggan yang dihantar melalui perkhidmatannya, dan kami sendiri tidak menggunakannya untuk melatih AI. Privacy.
Meta (Amerika Syarikat), WhatsApp: gambar, video dan mesej yang anda hantar kepada bot WhatsApp kami melalui platform WhatsApp; kami tidak boleh memadam salinan yang dipegang oleh WhatsApp. Privacy.
Microsoft (Amerika Syarikat), Clarity: rakaman sesi tanpa nama. Gambar dan video anda ditutup daripada rakaman dan tidak dihantar ke sini. Privacy.
TikTok (Singapura / Amerika Syarikat), TikTok Pixel: pengukuran iklan, termasuk peristiwa pendaftaran dari pelayan kami (e-mel dan alamat IP anda). Privacy.
Meta (Amerika Syarikat), Meta Pixel: pengukuran iklan dan khalayak iklan di Facebook dan Instagram. Halaman yang anda lihat, tindakan seperti pendaftaran, mula bayar dan pembelian (nilai dan mata wang), alamat IP dan butiran pelayar anda dihantar ke sini. Kami tidak hantar e-mel, nombor telefon, nama, gambar atau video anda. Jika anda log masuk Facebook atau Instagram, Meta boleh memadankan lawatan ini dengan akaun anda. Privacy.
4. Hak anda di bawah PDPA (Malaysia)
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia, anda mempunyai hak untuk:
Akses data peribadi anda yang kami simpan, dengan menghantar e-mel ke hello@rojak.app.
Pembetulan data yang tidak tepat, dengan mengemas kini akaun anda atau menghantar e-mel kepada kami.
Padam data anda melalui butang "Padam akaun" di halaman Akaun. Ini mengeluarkan rekod pengguna anda, sejarah penjanaan, fail muat naik yang dipautkan kepada penjanaan akaun anda (video aksi viral, video karakter dan Iklan UGC), video aksi viral dan video karakter anda, rupa tersimpan anda, rekod IP, dan token langganan push. Hasil Gaya, Hidupkan Gambar dan Iklan UGC, serta muat naik lama yang tidak dipautkan kepada penjanaan akaun anda (termasuk sebelum 3 Oktober 2026), dipadam atas permintaan: e-mel hello@rojak.app atau WhatsApp kami. Kami tidak boleh memadam salinan yang dipegang oleh fal.ai (bahagian 3).
Tarik balik persetujuan untuk pemprosesan, iaitu menutup akaun anda.
Bantahan terhadap pemasaran langsung, walaupun kami pada masa ini tidak menghantar e-mel pemasaran langsung.
5. Keselamatan
Semua sambungan ke rojak.app menggunakan HTTPS. Kata laluan disimpan sebagai cincang scrypt dengan garam per pengguna. Kuki sesi ditandatangani HMAC, HttpOnly, Secure, SameSite=Lax. URL video yang dijana tidak boleh diteka (mengandungi pengenal rawak) tetapi boleh diakses awam. Jangan kongsi URL penjanaan yang anda mahu kekal peribadi.
6. Kuki
Kami menetapkan satu kuki berfungsi, ms_session, iaitu sesi log masuk yang ditandatangani HMAC. Ini penting untuk Perkhidmatan berfungsi. Alat pihak ketiga dalam bahagian 1.0 (Google Analytics, Microsoft Clarity, TikTok Pixel, Meta Pixel) menetapkan kuki mereka sendiri pada halaman awam; anda boleh menyekatnya (lihat bahagian 1.0).
7. Kanak-kanak
Rojak adalah untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak mengumpul data daripada sesiapa di bawah 18 tahun secara sengaja. Jika kami mendapati akaun milik kanak-kanak, akaun dan data peribadi yang kami pegang akan dipadam, kecuali rekod yang wajib kami simpan (bahagian 2).
8. Pemindahan antarabangsa
Kebanyakan pemproses kami berpangkalan di Amerika Syarikat (Vercel, fal.ai, Stripe, Resend, Cloudflare). Apabila anda menggunakan Rojak dari luar Amerika Syarikat, data anda dipindahkan dan diproses di Amerika Syarikat. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan pemindahan ini.
9. Perubahan kepada Dasar ini
Perubahan material akan diumumkan melalui e-mel. Tarikh "Kemas kini terakhir" di bahagian atas halaman ini mencerminkan semakan paling terkini.
10. Hubungi kami
Untuk soalan privasi, aduan, atau permintaan subjek data: hello@rojak.app
Dikendalikan oleh pasukan Rojak Studio (Malaysia). Hubungi: hello@rojak.app.