Rojak App: Muka anda dalam video viral.Tak perlu pandai menari.
Pilih satu aksi viral, hantar satu gambar muka anda. Video siap dalam 3 hingga 8 minit, sedia untuk TikTok.
1 video percuma (5 saat, ada watermark) untuk akaun baru yang layak. Tanpa kad kredit.
Pilih satu aksi. Muka anda ganti muka dalam video.
Joget
Silat
Goyang
Lipsing
Model
Ibu Rindu
geser untuk tengok lagi →
Tiga langkah untuk video anda
- Pilih satu aksi viral. Joget, silat, lipsing dan banyak lagi.
- Hantar satu gambar muka anda. Masukkan email, tak perlu kata laluan.
- Tunggu 3 hingga 8 minit. Video siap, simpan dan hantar ke TikTok.
Lagi yang boleh anda dapat
Pilih ikut apa anda nak dapat. Harga ada pada setiap kad.
4 gambar saya pegang produk
Siap untuk iklan jualan anda
Hantar gambar muka anda dan gambar produk. Dapat satu set 4 gambar anda pegang produk tu. Sesuai untuk jual barang sendiri atau buat duit dengan affiliate. 100 kredit satu set.
Buat 4 gambar saya →
Karakter ikut gerak saya
Muka karakter, gerak anda. Sampai 10 saat.
Letak karakter (anime, idola K-pop) dalam video anda sendiri. Karakter itu ikut gerak anda. 300 kredit untuk 5 saat.
Buat video karakter →
Gambar passport siap cetak
35x50mm latar putih, dengan helaian 4R
Hantar satu selfie. Percuma tengok, 100 kredit muat turun.
Buat gambar passport →Tak nak daftar? Terus di WhatsApp
Hantar satu selfie. Dalam lebih kurang seminit, anda dapat gambar anda zaman 80-an. 2 gambar pertama percuma, tak payah login.
Hantar selfie di WhatsApp
Nombor rasmi Rojak: +60 11-4572 6594. Gambar percuma ikut kuota harian.
Semua yang boleh dibuat di WhatsApp, termasuk stiker dan gambar passport →Berapa harga?
- Akaun baru yang layak1 video percuma (5 saat, ada watermark)
- 100 kredit= 1 video 5 saat
- Satu video, bayar bila buatdari RM4.90
- Ahli Rojak, sebulanRM29 untuk 1200 kredit
Bayar dalam RM via:
Kenapa creator Malaysia pilih Rojak?
- Bayar dalam Ringgit Malaysia. FPX, GrabPay, credit card. Takyah convert dollar.
- UI Bahasa Malaysia. Tak perlu Google Translate untuk faham apa anda tengah buat.
- Siap terus dari phone. Pilih, hantar, tunggu dan simpan, semua dari iPhone atau Android. Tak perlu laptop.
- Potong video dalam app. Video TikTok anda terlalu panjang? Potong terus di sini, tak payah buka CapCut.
- Privacy first. Kami tak jual gambar anda dan tak guna untuk latih AI. Berapa lama kami simpan ada di Privacy.
Apa yang anda cari?
- Face swap video AI muka anda dalam video viral
- AI dance video anda menari tanpa perlu menari
- Gambar jadi video satu gambar buat aksi, atau gambar lama jadi hidup
- AI motion karakter pilihan anda ikut gerak anda
- Buat video AI semua jenis video AI di Rojak
- Gambar AI dari selfie gaya 80-an, K-drama, anime di WhatsApp
- Gambar AI lelaki headshot CEO, old money, cyberpunk KL
- Gambar kartun AI anime dan stiker WhatsApp dari selfie
- Trend TikTok yang boleh anda buat dengan muka sendiri
- Tentang Rojak siapa kami dan cara hubungi kami
Soalan biasa (FAQ)
Apa itu video aksi viral Rojak sebenarnya?
Rojak letak muka anda ke dalam video aksi viral. Anda pilih aksi (joget, silat, lipsing dan lain-lain), hantar satu gambar muka anda, dan dapat video anda buat aksi tu. Gerakannya nampak natural, bukan gambar kaku. Ada juga mod untuk rakam video anda sendiri, kami tukar anda jadi watak pilihan.
Rojak.app ni free ke kena bayar?
Akaun baru yang layak dapat 100 kredit percuma, sekali sahaja: 1 video percuma (5 saat, ada watermark). Layak bermakna emel dan sambungan internet anda belum pernah menuntutnya. 100 kredit = 1 video 5 saat. Lepas tu anda bayar satu video bila anda buat, dari RM4.90, tanpa langganan. Kalau nak buat lagi banyak, ada Ahli Rojak: RM29 sebulan untuk 1200 kredit. Di WhatsApp pula, 2 gambar pertama percuma. AI memang mahal sebab guna GPU cloud, tu sebab video lebih panjang kena caj lebih.
Berapa harga satu video?
Bayar satu video bila anda buat: 5 saat RM4.90, 10 saat RM9.90, 15 saat RM13.90, 30 saat RM27.90. Karakter ikut gerak: 5 saat RM13.90, 10 saat RM18.90. Gambar passport (download) RM4.90. Atau jadi Ahli Rojak: RM29 sebulan, auto-renew, dapat 1200 kredit setiap bulan (12 video 5 saat). Kredit ahli dibawa ke bulan depan selagi anda ahli, dan hilang bila langganan tamat. Batal bila-bila. Kredit yang anda dah beli kekal, tak luput. 100 kredit = 1 video 5 saat. Bayar dalam RM.
Berapa lama nak siap satu video?
Biasanya 3 hingga 8 minit untuk video 5 hingga 30 saat. Kalau lama dari tu (lebih 20 minit), ada masalah, kredit anda akan dipulangkan automatic dan email akan keluar bagitahu.
Boleh guna untuk TikTok ke Reels?
Boleh, direka khas untuk creator TikTok dan Reels Malaysia. Video siap dalam ukuran menegak 9:16 yang sesuai. Kalau anda guna video sendiri, hantar video menegak (phone berdiri tegak) dan potong bahagian yang anda nak guna terus dalam app.
Gambar dan video saya selamat ke?
Kami tak jual gambar atau video anda dan tak guna untuk melatih AI. Untuk menjana hasil, fail anda dihantar melalui HTTPS kepada penyedia AI seperti fal.ai. Muat naik di rojak.app mulai 3 Oktober 2026: gambar muka dan video rujukan untuk video aksi dipadam sebaik video siap (kalau pemadaman atau penjanaan gagal, dalam masa 4 hari); selfie dan gambar produk untuk 4 gambar pegang produk dalam masa 4 hari. Yang dihantar di WhatsApp dipadam dalam masa 7 hari (taip padam dalam chat untuk serta-merta). Muat naik sebelum 3 Oktober belum dipadam automatik: email hello@rojak.app dan kami padamkan. Salinan hasil video aksi dalam storan kami kekal sehingga anda padam akaun atau minta kami padamkan; hasil lain kekal sehingga anda minta kami padamkan. Kami tak boleh padam salinan yang dipegang pemproses seperti fal.ai. Boleh tengok polisi penuh dalam Privacy Policy.
Macam mana kalau video tak jadi?
Kredit dipulangkan automatic, anda boleh cuba lagi. Sebab biasa gagal: muka tak jelas dalam gambar, video reference terlalu pendek atau panjang, content yang kami tak boleh proses (lihat Terms untuk rules). Kalau ada masalah, email hello@rojak.app.
Apa beza Rojak dengan Higgsfield atau OpenArt?
Higgsfield power untuk character creation penuh, tapi bayar USD, UI English. OpenArt sama macam tu. Rojak fokus satu benda je, video aksi viral, dengan UI Bahasa Malaysia dan harga RM. Kalau anda nak full creation suite, Higgsfield lagi sesuai. Kalau anda nak video aksi viral je untuk TikTok, Rojak lagi simple dan murah.
Boleh refund ke kalau tak suka?
Kredit yang belum guna, boleh request refund dalam 7 hari beli, email hello@rojak.app. Kredit yang dah guna untuk generation, tak refundable sebab kami dah bayar fal.ai untuk compute tu. Failed generations auto-refund kredit ke akaun anda.
Boleh guna muka orang lain ke?
Tak boleh. Hanya muka anda sendiri atau orang yang dah bagi consent secara berterus terang. Tak boleh untuk: muka kawan tanpa izin, selebriti, public figure, budak under 18, agama, royalty, politik. Akaun akan di-suspend kalau langgar. Penuh dalam Terms.
Saya boleh delete akaun saya ke?
Boleh. Log masuk, buka /studio/account dan tekan Padam akaun. Ia memadam akaun anda, sejarah, muat naik yang dipautkan dan hasil video aksi anda. Hasil lain (gambar Gaya, gambar hidup, 4 gambar pegang produk) dan muat naik lama: email hello@rojak.app atau WhatsApp kami dan kami padamkan. Kami tak boleh padam salinan yang dipegang pemproses seperti fal.ai.
Sapa yang buat Rojak?
Rojak Studio team berpangkalan di Malaysia. Untuk hubungi kami, email hello@rojak.app, biasa reply dalam 24-48 jam.
Masih ada soalan?
Adik Rojak jawab terus. Kalau dia tak dapat bantu, team kami balas dalam 24 hingga 48 jam.
Tanya Adik Rojak