Jawapan pendek, dalam bahasa biasa. Dikemas kini 2026-10-02.
Nak tengok contoh hasil dulu? Buka panduan Rojak.
Ya, untuk mula. Daftar dengan emel dan akaun baru yang layak dapat 100 kredit percuma, iaitu 1 video percuma (5 saat, ada watermark). Tak perlu kad bank.
100 kredit cukup untuk 1 video Belajar Aksi (5 saat), atau 1 set gambar Iklan UGC, atau 1 download gambar passport. Video percuma ada watermark; sebaik akaun anda pernah bayar, video anda tanpa watermark. Karakter Masuk Video lebih mahal: 300 kredit = 1 video 5 saat. Daftar guna link kawan dapat 300 kredit percuma (daftar biasa dapat 100).
Percuma ni sekali je, untuk akaun baru. Layak bermakna emel dan sambungan internet anda belum pernah menuntutnya. Lepas tu anda bayar satu video, atau jadi Ahli Rojak, kalau suka.
Video siap dalam 3 hingga 8 minit. Set gambar Iklan UGC siap dalam lebih kurang 30 saat. Video Iklan UGC yang bercakap ambil 2 hingga 3 minit.
Anda boleh tutup page, kami emel bila siap. Kalau lebih 20 minit masih tak siap, ada masalah dan kredit anda dipulangkan automatic.
Boleh. Semuanya jalan dalam browser phone anda (Safari atau Chrome). Tak perlu download app, tak perlu komputer.
Ambil gambar muka guna kamera phone, pilih aksi, tekan butang. Selesai.
Rojak buat video dan gambar untuk anda dari phone, tanpa kemahiran edit. Ada tiga pilihan:
Tengok contoh hasil sebenar di panduan.
Anda bayar satu video bila anda buat, tanpa langganan. Harga ikut panjang video:
Kalau anda buat banyak, jadi Ahli Rojak: RM29 sebulan, auto-renew, dapat 1200 kredit setiap bulan (12 video 5 saat). Kredit ahli dibawa ke bulan depan selagi anda ahli, dan hilang bila langganan tamat. Batal bila-bila.
Kredit yang anda dah beli kekal, tak luput. Satu video 5 saat = 100 kredit.
Satu video bukan satu klik AI je. Di belakang tabir, beberapa langkah AI berjalan untuk satu hasil yang siap, termasuk semakan kualiti sebelum video dibuat supaya kredit anda tak terbuang.
Video yang lebih panjang kos lebih, jadi harganya naik ikut jumlah saat.
FPX (Maybank, CIMB, RHB, Public Bank, Bank Islam, Hong Leong, AmBank dan lain-lain), GrabPay, Visa, Mastercard. Semua dalam Ringgit Malaysia, tiada tukaran mata wang.
Boleh, memang dibuat untuk tu. Video siap dalam saiz tegak (9:16, 1080×1920) yang terus muat di TikTok dan Reels. Kalau video asal anda bentuk lain (segi empat atau melintang), kami tambah jalur hitam atas dan bawah supaya jadi tegak.
Untuk anda yang jual barang. Anda pilih siapa yang pegang produk (watak siap, atau gambar anda sendiri) dan hantar gambar produk. Dalam lebih kurang 30 saat anda dapat set 4 gambar orang tu pegang produk anda, siap untuk iklan. Guna untuk jual barang sendiri, atau buat duit dengan affiliate.
Nak video? Pilih satu gambar dan taip ayat jualan. Kami buat video pendek orang tu bercakap ayat anda, dengan suara Malaysia.
Harga: 100 kredit satu set gambar. Video: 100 kredit setiap 60 huruf (paling panjang 220 huruf). Cuba di rojak.app/studio/product-ugc, contoh penuh di panduan.
Ada. Chat +60 11-4572 6594, tak payah login atau download. Hantar selfie, dapat gambar AI (2 gambar pertama percuma), stiker muka anda, gambar passport, set gambar pegang produk, atau video Tiru Trend dengan muka anda. Semua ada di Rojak WhatsApp.
Tak. Kalau gagal, kredit dipulangkan automatic. Sebab biasa: muka tak jelas dalam gambar, badan atas orang dalam video tak nampak, atau kandungan yang AI tak boleh proses. Cuba lagi dengan gambar atau video lain.
Kalau masih bermasalah, tanya Adik Rojak (butang di bawah) atau emel hello@rojak.app.
Kredit yang belum guna boleh minta refund dalam 7 hari selepas beli, emel hello@rojak.app. Kredit yang dah guna tak boleh refund sebab kos pemprosesan dah dibayar. Video yang gagal pula dipulangkan kredit automatic.
Hanya muka anda sendiri, atau orang yang dah bagi izin dengan jelas. Jangan guna muka kawan tanpa izin, selebriti, tokoh awam, ahli politik atau budak bawah 18 tahun. Kandungan yang melibatkan agama atau diraja Malaysia juga tak dibenarkan. Akaun yang langgar akan digantung. Watak anime dan watak AI boleh.
Kami tak jual gambar atau video anda dan tak guna untuk melatih AI. Untuk menjana hasil, fail anda dihantar melalui HTTPS kepada penyedia AI seperti fal.ai. Muat naik di rojak.app mulai 3 Oktober 2026: gambar muka dan video rujukan untuk video aksi dipadam sebaik video siap (kalau pemadaman atau penjanaan gagal, dalam masa 4 hari); selfie dan gambar produk untuk 4 gambar pegang produk dalam masa 4 hari. Yang dihantar di WhatsApp dipadam dalam masa 7 hari (taip padam dalam chat untuk serta-merta). Muat naik sebelum 3 Oktober belum dipadam automatik: email hello@rojak.app dan kami padamkan. Salinan hasil video aksi dalam storan kami kekal sehingga anda padam akaun atau minta kami padamkan; hasil lain kekal sehingga anda minta kami padamkan. Kami tak boleh padam salinan yang dipegang pemproses seperti fal.ai. Penuh dalam Dasar Privasi.
Boleh. Log masuk, buka /studio/account dan tekan Padam akaun. Ia memadam akaun anda, sejarah, muat naik yang dipautkan dan hasil video aksi anda. Hasil lain (gambar Gaya, gambar hidup, 4 gambar pegang produk) dan muat naik lama: email hello@rojak.app atau WhatsApp kami dan kami padamkan. Kami tak boleh padam salinan yang dipegang pemproses seperti fal.ai.
Higgsfield bagus untuk buat watak AI penuh. Tapi bayar USD, antara muka English je, dan top up minimum USD 10.
Rojak fokus pada video dan gambar yang anda terus boleh post: bayar dalam RM, antara muka Bahasa Malaysia, FPX dan GrabPay diterima, dan 1 video percuma (5 saat, ada watermark) untuk akaun baru yang layak.
Reface dan Pica AI ialah app phone yang ada watermark, hasil paling panjang 5 hingga 15 saat, dan biasanya tukar muka pada gambar statik. Rojak jalan dalam browser (tak perlu install app), tiada watermark pada hasil berbayar, sokong video sampai 30 saat, dan gerakan lebih natural.
Pasukan Rojak Studio, berpangkalan di Malaysia. Nak hubungi kami, emel hello@rojak.app. Kami biasanya balas dalam 24-48 jam.
Tanya Adik Rojak (bot kami, jawab terus). Nak cakap dengan manusia, emel kami.
Emel hello@rojak.app, balas dalam 24-48 jam.Daftar dengan emel je. Tak perlu kad.